English             Laman Utama
Selamat Datang ke Portal INFOLIB...
Daftar Masuk
ID PENGGUNA

KATA LALUAN


 
Infolib
Mengenai Kami
Objektif
Piagam Pelanggan
Koleksi
Keahlian
Perkhidmatan
Aktiviti
Sistem InfoLib
Petugas InfoLib
Galeri Gambar
Waktu Operasi
Rcgn Masa Hdpn
Hubungi Kami
Borang
Permainan
Arkib Artikel
BERNAMA Kids' 1Malaysia Club
BLOG INFOLIB

Berita Utama

 2014

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Quote


"You Know You've Read A Good Book When You Turn The Last Page And Feel A Little As If You Have Lost A Friend"
- Paul Sweeney -


 

Total Visitors


free web hit counter
 

 

 

 


Perkhidmatan


 

Perkhidmatan Penerangan

1)Rujukan dan Maklumat

Menyediakan maklumat untuk tujuan rujukan berdasarkan keperluan pengguna dengan menggunakan perkhidmatan dan bahan yang disediakan. Pengguna luaran secara "ad-hoc" dikenakan bayaran yang telah ditetapkan. 

 

2) Pinjaman Bahan

Pinjaman bahan dijalankan di InfoLib dan semasa perkhidmatan "Le Tour de InfoLib" di Jabatan Pengarang dan Jabatan/Bahagian terpilih.

Pinjaman hanya dibenarkan bagi petugas Bernama sahaja.

a)         Buku

3 buah bagi buku BERNAMA dalam tempoh 3 minggu dan 2 buah buku Perpustakaan Negara Malaysia dalam tempoh 2 minggu.

b)         Fail.

c)         Laporan Kerajaan dan Akta.

d)         Majalah lama.

 

3) Pinjaman antara perpustakaan

Pinjaman bahan yang tidak terdapat di InfoLib, boleh didapati dari perpustakaan lain yang menjadi ahli Sistem Pembekalan Perpustakaan (SPP), di bawah Perpustakaan Negara Malaysia. Setelah mengenalpasti bahan dan perpustakaan, pengguna boleh mendapat bantuan dari pihak InfoLib untuk meminjam bahan tersebut dengan mengisi borang yang disediakan. Bagi pengguna luar, bahan yang terdapat di InfoLib juga boleh dipinjam di bawah perkhidmatan ini.

 

4) Pangkalan data berkomputer

BLIS (Bernama Library & Infolink Service)

BLIS beroperasi sebagai perpustakaan elektronik yang menawarkan jawapan kepada persoalan penyelidikan mengenai pelbagai tajuk berkenaan Malaysia. BLIS merangkumi kajian mengenai industri di Malaysia hingga kepada maklumat arkib, berita BERNAMA dan peristiwa penting.

Maklumat disediakan dengan melakukan penyelidikan menggunakan surat khabar, majalah, Internet dan didapati daripada pelbagai sumber termasuk agensi kerajaan, organisasi berita dan syarikat penarafan.

BLIS telah dilancarkan pada 22 Oktober 2001 dan versi baru mula digunakan pada 1 Mac 2008 dan telah dilancarkan pada 22 April 2008. Kerja menaiktaraf telah dijalankan dari segi rupabentuk, keupayaan, kegunaan dan kelajuan pencarian maklumat.

Modul yang terdapat di dalam BLIS adalah seperti :

1.    Bernama News

2.    Archival News

3.    Foreign News

4.    Information Providers

5.    Who's who

6.    Speeches

7.    Sectoral Reports

8.    Databank

9.    Facts & Figures

10.  Directory

11.  Calendar of Events

 

http://blis.bernama.com

 

5)Portal InfoLib

Portal ini membantu pengguna  menyemak isi kandungan, muka depan buku serta abstrak (jika ada) bagi buku yang diperlukan (Webopac), artikel terpilih dari majalah (Webinfoline), kalendar tahunan, senarai buku mengikut perkara utama (Popular Subjects), koleksi nota latihan (Training Manual), InfoLib Alert, pautan kepada laman web terpilih (Links) dan pekeliling terpilih (Circulars), BLIS, Malaysia Kini, Factiva, laman web BERNAMA, dan Lawnet (e-knowledge), maklumat mengenai BERNAMA (About BERNAMA) dan Pangkalan data petugas BERNAMA "Who's Who di BERNAMA". Projek ini bermula Mac 2007 dan berjaya dilancarkan pada 22 April 2008.

 

http://infolib.bernama.com

 

6)"Le Tour de InfoLib"

Perkhidmatan troli bergerak dengan buku terpilih dan terkini yang dibawa  ke Jabatan Pengarang dan Tingkat terpilih di BERNAMA, pada setiap Khamis bermula 3.00 petang. Perkhidmatan yang membantu petugas BERNAMA terutama petugas Jabatan Pengarang untuk membuat pinjaman bahan dan menyediakan kotak book-drop bagi memulangkan bahan.

 

7)"InfoLib Corner"

Bermula 21 Februari 2008, "InfoLib Corner" telah ditempatkan di Jabatan Pengarang. Petugas InfoLib telah ditugaskan secara berjadual dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang setiap hari bekerja untuk membantu petugas Jabatan Pengarang mendapatkan sebarang maklumat dengan merujuk kepada BLIS dan Portal InfoLib disamping memberi latihan kepada petugas menggunakan perkhidmatan InfoLib.

 

8) Sambungan "202"

202 adalah nombor sambungan bagi kiosk rujukan di Infolib. "Hotline" ini bertujuan membantu para petugas terutamanya dari Jabatan Pengarang untuk mendapatkan maklumat dengan kadar segera dari  jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang pada hari bekerja (Isnin - Jumaat).

 

9)Latihan

Menjalankan latihan BLIS serta  Portal InfoLib kepada petugas BERNAMA termasuklah di biro. Pada tahun 2009 bermula 19 Februari siri latihan diadakan di Tingkat 12, Pusat Kecemerlangan setiap hari Khamis, dua kali sebulan.

Objektif latihan:

1.Meningkatkan penggunaan BLIS dan Portal InfoLib.

2.Meningkatkan kemahiran pencarian dalam BLIS agar maklumat dan berita yang ada digunakan sepenuhnya dan sebaiknya bagi     membantu tugas harian.

3.Meningkatkan kemahiran mengakses maklumat mengenai buku dan  BERNAMA dalam Portal InfoLib.

4.Meningkatkan pengetahuan mengenai BLIS dan proses mengemaskini berita  dan maklumat di dalam BLIS.

 

Pihak Infolib juga terlibat dengan latihan BLIS bagi pelanggan BLIS yang terdapat di Perpustakaan Negara Malaysia, perpustakaan khusus, perpustakaan akademik dan perpustakaan awam di setiap negeri di Malaysia bagi meningkatkan penggunaan serta kemahiran penggunaan BLIS agar pihak perpustakaan boleh memberi latihan kepada pengguna masing-masing. Ini juga penting untuk mengekalkan langganan BLIS. 

 

10)Fotokopi

Percuma bagi petugas dan bayaran dikenakan kepada pengguna luar.

 

11)"Cafe Corner"

Dilancarkan "Cafe Corner" pada 21 April 2011, satu sudut minuman dan makanan  bagi menarik pengguna membaca sambil bersantai.