English             Laman Utama
Selamat Datang ke Portal INFOLIB...
Daftar Masuk
ID PENGGUNA

KATA LALUAN


 
Infolib
Mengenai Kami
Objektif
Piagam Pelanggan
Koleksi
Keahlian
Perkhidmatan
Aktiviti
Sistem InfoLib
Petugas InfoLib
Galeri Gambar
Waktu Operasi
Rcgn Masa Hdpn
Hubungi Kami
Borang
Permainan
Arkib Artikel
BERNAMA Kids' 1Malaysia Club
BLOG INFOLIB

Berita Utama

 2014

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Quote


"You Know You've Read A Good Book When You Turn The Last Page And Feel A Little As If You Have Lost A Friend"
- Paul Sweeney -


 

Total Visitors


free web hit counter
 

 

 

 


Aktiviti


 

AKTIVITI

HURAIAN

1)Kempen Membaca

 

Bulan Julai merupakan bulan membaca BERNAMA sejak tahun 2001. Kempen membaca ini dianjurkan oleh InfoLib melalui pelaksanaan berbagai aktiviti untuk menarik minat pengguna datang melawat InfoLib. Antara aktiviti yang pernah dijalankan ialah:-

·Teka benda (berkaitan dengan InfoLib dan maklumat)

-          Jumlah buku InfoLib (2002).

-          Jumlah perkataan dalam kertas A3 (2003).

-          Jumlah berat buku (2004).

-          Jumlah perkataan "baca" (2005).

-          Jumlah mukasurat buku (2006).

-         Jumlah penyedut minuman (mengandungi perkataan Hari Kemerdekaan) (2007);

·  Pertandingan menulis rumusan buku (peminjam akan membuat rumusan tentang buku yang dibaca);

·  Pertandingan mengarang esei (tajuk diberi);

·  Peminjam bertuah bulanan.

·Terdapat juga aktiviti mingguan seperti scrabble, peminjam bertuah mingguan,  dart a puzzle (soalan yang menguji minda) dan permainan dam ular.

 

Pada 2006, majlis penyampaian hadiah telah diadakan semasa "Pesta Buku BERNAMA" diikuti dengan "Pesta Buku Merdeka"  pada tahun 2007 yang mana diadakan pada skala yang lebih besar dan meriah yang melibatkan orang luar.

 

Objektif perlaksanaan aktiviti ini adalah untuk menanam minat membaca di kalangan petugas BERNAMA dan juga pengunjung, mempromosikan BERNAMA, menyokong kempen membaca kebangsaan dan mengekalkan hubungan dan kerjasama yang baik di kalangan petugas BERNAMA serta pelanggan BLIS.

 

2)Pinjaman bacaan ringan

 

Terkini, sebanyak 900 buah buku untuk bacaan ringan. InfoLib membuat pinjaman 300 bahan bacaan ringan dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk tempoh 4 bulan sejak tahun 2001. Bagi tahun 2010, PNM telah memberi tambahan sebanyak 600 bahan bacaan ringan. Ini adalah bertujuan menambahkan kepelbagaian koleksi bahan bacaan di InfoLib.

 

Pinjaman bahan bacaan ringan dan santai seperi novel, koleksi cerpen, buku mengenai hobi, sukan, masakan dan lain-lain bertujuan mengurangkan tekanan di kalangan petugas dalam tugasan mereka dan untuk memenuhi keperluan petugas  selain dari Jabatan Pengarang.

 

3)Pameran di dalam dan di luar InfoLib

 

Pameran telah diadakan di InfoLib bermula dengan sambutan Hari Kemerdekaan pada Ogos 2002. Tiga buah panel telah dikhaskan untuk aktiviti pameran berkenaan pelbagai topik seperti sambutan perayaan, peristiwa penting, dan aktiviti/peristiwa utama yang berlaku di BERNAMA atau di dalam Malaysia.

 

Kandungan pameran akan ditukar untuk tempoh masa tertentu oleh petugas yang telah ditetapkan. Ini adalah bertujuan membekalkan dan menyalurkan maklumat dan pengetahuan yang berguna untuk pengguna InfoLib.

 

InfoLib terlibat dengan pameran di luar BERNAMA seperti pameran produk BLIS dan pameran yang dianjurkan oleh BERNAMA, KEMPEN dan Persatuan Pustakawan Malaysia.

 

4)Lawatan ke Pesta Buku

 

Sejak 2005, InfoLib telah menganjurkan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Lawatan ini bertujuan menggalakkan tabiat membaca di kalangan kakitangan BERNAMA. Disamping itu juga, aktiviti ini membolehkan unit rujukan maklumat membuat pemilihan bahan bacaan bagi menambah koleksi InfoLib.

 

5)Dekorasi InfoLib

InfoLib merupakan lokasi berstruktur moden yang dapat memenuhi keperluan dan memenuhi fungsi perpustakaan kepada penggunanya.

 

Persekitaran InfoLib bertemakan "Khazanah-khazanah InfoLib". Portal InfoLib, koleksi-koleksi InfoLib seperti CD-ROM Tun Dr. Mahathir Mohamad dan CD-ROM Berita BERNAMA dari tahun 1996 hingga 2007 telah diangkat sebagai khazanah-khazanah InfoLib yang berharga.

 

Persekitaran dalaman InfoLib ini dapat merangsang dan menggalakkan pengguna mencari bahan-bahan maklumat dengan lebih efektif. Pelbagai kemudahan juga turut disediakan untuk para pengguna.

 

6)Penerbitan "InfoLib Alert"

 

Buletin InfoLib iaitu "InfoLib Alert" mula diterbitkan untuk keluaran pertama Januari - April 2003. Setiap tahun, 3 keluaran diterbitkan bertujuan melaporkan aktiviti InfoLib, mempromosikan aktiviti yang bakal dilaksanakan, mempromosi serta memaklumkan pembaca mengenai koleksi terbaru InfoLib, memaparkan maklumat terkini yang terkandung di dalam modul BLIS dan maklumat dan ilmu pengetahuan umum. Selain itu risalah, petanda buku dan statistik koleksi dan perkhidmatan InfoLib.

 

7)Penghasilan  CD ROM Tun Dr. Mahathir

Pada September 2004, InfoLib telah berjaya menghasilkan CD ROM Tun Dr. Mahathir (9 keping) yang mengandungi artikel berita berkaitan Tun Dr. Mahathir  dari tahun 1968 hingga 2004 (122,174 artikel). Kemudian tambahan artikel sehingga September 2005 dan akan terus ditambah dari tahun ke setahun.

 

8)Penghasilan  CD ROM Berita BERNAMA

 

"Back-up" kepada berita BERNAMA dari tahun 1996 hingga 2007 sebanyak  768,750 artikel berita. Projek ini bermula 15 Oktober 2006 dan telah dilancarkan pada 22 April 2008. CD ROM ini akan terus dihasilkan dari tahun ke setahun.

 

9) Tugas Terjemahan

 

Menterjemah maklumat dalam Pangkalan Data Berperkara dan Pengkalan Data Tokoh ke dalam Bahasa Malaysia bagi memudahkan pengguna dalaman dan pelanggan BLIS merujuk maklumat dengan lebih cepat dan tepat bermula 1 April 2008. Jangka masa panjang akan menarik lebih ramai pelanggan, terutama pihak sekolah dan kerajaan.

 

10) Risalah InfoLib

 

Menghasilkan risalah mengenai InfoLib agar dapat mempromosi penggunaan InfoLib, BLIS dan Portal InfoLib serta perkhidmatan yang lain untuk diedarkan kepada pengguna InfoLib dan pengunjung.

Disamping itu menyediakan cenderahati dan penanda buku untuk mempromosi aktiviti InfoLib dan BLIS serta Portal InfoLib.

 

11) Merekod berita BERNAMA

 

Pihak InfoLib merekod statistik secara harian penggunaan berita BERNAMA yang diterbitkan dalam surat khabar utama tempatan dan koleksinya boleh dirujuk di InfoLib.

 

12)"Friendly InfoLib"

 

Aktiviti ini  telah dilancarkan pada 26 April 2006 bertujuan menggalakkan warga BERNAMA berkunjung  dan meminjam bahan bacaan di InfoLib dengan  memperkenalkan kad "Friendly InfoLib" yang mana setelah meminjam 12 buku  akan diberikan "gift".  Aktiviti galakan membaca ini telah diberhentikan buat sementara dan akan dirancang kemudian.

 

13)Minggu BLIS

 

Minggu BLIS diadakan dari masa ke semasa untuk memberi pendedahan kepada pengguna BLIS, meningkatkan kemahiran penggunaan BLIS dan mendapatkan maklum balas dari pengguna BLIS. Antara aktiviti yang dijalankan ialah latihan BLIS dan Kuiz.

 

14)Sembang "Who's Who"

 

Merupakan perbincangan tidak formal di antara Unit Pangkalan Data Tokoh dengan pihak Jabatan Pengarang. Perbincangan ini bertujuan memperbaiki dan mengemaskini serta memberi maklumbalas dan cadangan mengenai profil tokoh yang dibangunkan Unit Pangkalan Data Tokoh.

 

15)"Book Summary Race"

 

Menganjurkan pertandingan membuat ringkasan buku dari masa ke semasa yang terbahagian kepada 2 kategori iaitu Petugas Jabatan Pengarang dan Bahagian dan Jabatan selain dari Jabatan Pengarang. Pemenang diumumkan di setiap hujung bulan.

 

Aktiviti peningkatan kualiti/profesionalisme petugas

1)    Hari Q (Kualiti) KEMPEN

InfoLib terlibat dengan pameran sempena Hari Q dan menyertai sambutan Hari Q anjuran Kementerian Penerangan Malaysia setiap tahun. Pada tahun 2006, InfoLib telah memenangi "Anugerah Penggunaan ICT", 2007 bagi "Anugerah Bahagian Terbaik" dan 2008 Anugerah Petugas Cemerlang Kumpulan (II)  - Halim Ariffin.

2)         Statistik perkhidmatan

Menghasilkan statistik adalah penting bagi sebagai kayu pengukur kepada perkhidmatan serta langkah penambahbaikan perkhidmatan InfoLib, penyediaan laporan, justifikasi kepada peruntukan bahan dan aktiviti.

Statistik 2005 (klik di sini)

Statistik 2006 (klik di sini)

Statistik 2007 (klik di sini)

Statistik 2008 (klik di sini)

Statistik 2009 (klik di sini)

Statistik 2010 (klik di sini)

3)        Dokumen ISO

Telah menghasilkan 2 dokumen dan beserta Arahan Kerja. Dalam proses mengedit prosedur dan Arahan kerja kerana naik taraf BLIS dan perkhidmatan baru.

i)Prosedur pinjam dan pulang bahan Pusat Maklumat & Perpustakaan PK.BER.INFO(0)02

   Arahan Kerja

AK.BER.INFO.01

Pinjam Bahan ("Charging")

AK.BER.INFO.02

Pulang Bahan ("Discharging")

AK.BER.INFO.03

Baharui Bahan ("Renewal")

   

  Lampiran

Lampiran 1

"Barcode" pengguna

Lampiran 2

"Barcode" bahan

Lampiran 3

Slip tarikh pulang bahan

Lampiran 4

Resit BERNAMA

ii)Prosedur operasi prosedur kumpul, proses dan simpan data, maklumat dan bahan  untuk perkhidmatan rujukan -   PK.BER.INFO(0)01

        Arahan kerja

ARAHAN KERJA

TAJUK

AK.BER.INFO.01

Proses & format BERNAMA "News"

AK.BER.INFO.02

Simpan BERNAMA "News" ke "server" HP9000

AK.BER.INFO.03

Kemaskini/Wujud  "Who's Who" dalam disket

AK.BER.INFO.04

Kemaskini/Wujud "Who's Who" dalam "Alchemy"

AK.BER.INFO.05

Kemaskini/Wujud "Who's Who" dalam BLIS

AK.BER.INFO.06

Kemaskini/Wujud  "Databank" berbentuk (.txt)

AK.BER.INFO.07

"Load" "Databank" dalam  "Alchemy" guna "Datagrabber"

AK.BER.INFO.08

Tukar format  "Databank" dari bentuk (.txt) ke (.htm)

AK.BER.INFO.09

"Save"/kemaskini "Databank"  berbentuk  (.htm) di "Drive C" dan "server"

AK.BER.INFO.10

"Load"/kemaskini  "Databank"  dari "server" ke "Alchemy"

AK.BER.INFO.11

Pindah  "Databank"  dari  "Alchemy" ke BLIS 

AK.BER.INFO.12

Proses artikel akhbar

AK.BER.INFO.13

Indeks dan masukkan artikel akhbar  ke dalam BLIS

AK.BER.INFO.14

Katalog bahan

AK.BER.INFO.15

Perolehan bahan

AK.BER.INFO.16

Label bahan

AK.BER.INFO.17

Carian  melalui BLIS

AK.BER.INFO.18

Carian melalui "Alchemy Search"

AK.BER.INFO.19

Carian  melalui OPAC

     

  Lampiran

Lampiran 1

BERNAMA "News" yang belum diformatkan

Lampiran 2

BERNAMA "News" yang telah diformatkan

Lampiran 3

Garispanduan bagi modul "Who's who"

Lampiran 4

Kad "Quick Reference" yang telah ada nombor kod

Lampiran 5

Format "Who's who" berbentuk (.txt)

Lampiran 6

Garispanduan bagi modul "Databank"

Lampiran 7

Format "Databank" berbentuk (.txt)

Lampiran 8

Format "Databank" berbentuk (.htm)

Lampiran 9

Garispanduan bagi pilih artikel ( terkini)

Lampiran 10

Butiran pada artikel akhbar

Lampiran 11

Butiran isi kandungan pada sampul surat

Lampiran 12

Garispanduan bagi pilih artikel (arkib)

Lampiran 13

"Input sheet"

 

4)         Fail Meja

Setiap petugas mempunyai Fail Meja sebagai panduan tugas harian dan tugasan yang  lebih sistematik dan mudah jika berlaku pertukaran petugas.

 

5)         Kumpulan KMK dan Kumpulan KIK

Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK). KMK adalah merupakan  satu kumpulan kecil pekerja dari tempat kerja yang sama berkumpul untuk mengenal pasti masalah, menganalisa dan seterusnya mencadangkan penyelesaian kepada masalah tersebut kepada pihak pengurusan. Ini dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti Jabatan, memberi pendedahan kepada petugas tugas rakan di jabatan/bahagian lain dan meningkatkan lagi mutu petugas.

 

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Sekumpulan kecil pekerja-pekerja daripada unit yang sama, bermesyuarat secara regular untuk mengenalpasti, memilih, menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka dan mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan, dan mereka melaksanakan sendiri keputusan setelah dipersetujui oleh pihak pengurusan.

 

Kumpulan KMK (Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja) Tajuk : BERNAMA LRT - 1987 - Sdra. Mohamod, Wahid, Halim. Hishamudin Zuber dan Sdri. Rozita, Jamaliah.
Kumpulan KMK Tajuk : Tuntutan bukan klinik panel - 2008 - Sdra. Mohamod, Halim dan Sdri. Siti Nur Azahani.
Kumpulan KMK Cadangan tajuk bagi 2009 adalah berkaitan dengan Pangkalan Data - Pemantapan Pangkalan data tokoh di Malaysia.  Tajuk ini dibawa ke 2010, dan KMK telah bertukar kepada KIK.

Kumpulan KIK (Kumpulan Inovasi Kreatif) Tajuk : Pelanggan Kad Profil Tokoh Rendah - 2010 

- Tempat ketiga Konvensyen KIK KPKK (Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) 2010.

Pn. Hasnita (Ketua), Rozlen, Rubaina Ayuni, Lalitha, Masfaliza, Halim (InfoLib), Jizni Azrin (Akaun), Zira, Rady (PDMK) dan Fasilitator, Pn. Norhayati Jantan (PK).

- Johan Konvensyen KIK Perpustakaan SeMalaysia ke 3, Jun 2011.

Pn. Hasnita (Ketua),  Jizni Azrin, Masfaliza, Rozlen, Halim (InfoLib), Zira, Rady (PDMK) dan Fasilitator, Pn. Norhayati Jantan (PK).

-Anugerah Emas di Konvensyen ICC Wilayah Tengah anjuran MPC (Malaysia Productivity Centre), Julai 2011.

Pn. Hasnita (Ketua), Jizni Azrin, Lalitha, Masfaliza, Rozlen, Halim (InfoLib) Zira, Rady (PDMK) dan Fasilitator, Pn. Norhayati Jantan (PK).

 

6)         Penglibatan dengan PPM (Persatuan Pustakawan Malaysia)

Bagi membina "networking" dengan perpustakaan lain di Malaysia, menambah pengetahuan, pendedahan dan peluang mengikuti aktiviti dalam bidang kepustakawanan maka petugas InfoLib terlibat dengan Persatuan Perpustakaan Malaysia dan memainkan peranan dalam jawatankuasa Tetap Perpustakaan Khusus.

 

7)        Menghadiri persidangan/bengkel/latihan

Petugas InfoLib digalakkan untuk menghadiri latihan dan pendedahan mengenai tugasan, bidang kepustakawanan, pentadbiran dan kemahiran ICT. Minimum seorang petugas akan menghadiri 2 sesi latihan sepanjang tahun.

 

8)         Lawatan

Lawatan dari organisasi kerajaan dan swasta dari masa ke semasa. Kesempatan ini diambil untuk memperkenalkan InfoLib dan mempromosi BLIS.

 

Lawatan bagi petugas InfoLib juga perlu agar dapat memberi pendedahan tentang persekitaran kerja dan  amalan yang baik yang boleh digunapakai di InfoLib.

 

9)     Penghasilan Penulisan/Pembentangan Kertas Kerja

Penulisan mengenai InfoLib/BLIS adalah perlu agar dapat dijadikan bahan rujukan serta panduan kepada petugas InfoLib dan mereka yang memerlukan serta kaedah mempromosi BLIS serta berkongsi pengalaman dalam bidang kepustakawanan.

 

2005

Penulisan dalam jurnal Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) bertajuk "Berita BERNAMA memelihara Khazanah Negara".

5 Jul 2006

Membentang kertas kerja bertajuk "Pendigitan  Koleksi Berita di Pusat Maklumat & Perpustakaan, BERNAMA" semasa Seminar Pendigitan Koleksi Perpustakaan. Anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia, di Perpustakaan Negara Malaysia.

1 Nov 2007

Membentang kertas kerja bertajuk "Using technologies to Manage News & Information Efficiently at the Library & Information Centre" semasa  ICOL 2007 (International Conference on Libraries). Anjuran Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pustakawan Malaysia, di Hotel Gurney, Pulau Pinang.

6 Dis 2007

Membentang kertas kerja bertajuk "Commercializing BERNAMA's Online Digital Resources of News & Information : Challenges  and Future Plan" semasa Seminar Antarabangsa : Strategi Melestarikan Sumber dan Perkhidmatan Institusi Penyelidikan. Anjuran Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA) dengan kerjasama Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF), di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

10 Jun 2008

Membentang kertas kerja bertajuk "Encouraging Users at BERNAMA Library & Information Centre via Organized Activities", semasa  "Conference on Customer-Focused Culture 2008". Anjuran Universiti Teknologi Malaysia, di Hotel The Zon Regency, Johor Bahru, Johor.

20 Dis 2010

Membentang kertas kerja bertajuk "Sustaining and Maintaining of News and Information by Digitalization on MALAYSIANA Collections", semasa  Seminar Kebangsaan Sumber Elektronik di Malaysia 2010. Anjuran Universiti Malaysia Perlis dengan kerjasama Malaysian Online      E-Resources (MOLEC) dan Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Utara, di Hotel Bayview Beach Resort, Pulau Pinang.