English             Laman Utama
Selamat Datang ke Portal INFOLIB...

Daftar Masuk
ID PENGGUNA

KATA LALUAN


 

Infolib
Mengenai Kami
Objektif
Piagam Pelanggan
Koleksi
Keahlian
Perkhidmatan
Aktiviti
Sistem InfoLib
Petugas InfoLib
Galeri Gambar
Waktu Operasi
Rcgn Masa Hdpn
Hubungi Kami
Borang
Permainan
Arkib Artikel
BERNAMA Kids' 1Malaysia Club
BLOG INFOLIB

Berita Utama

 2014

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Quote


"You Know You've Read A Good Book When You Turn The Last Page And Feel A Little As If You Have Lost A Friend"
- Paul Sweeney -


 

Total Visitors


free web hit counter
 

 

 

 


Mengenai Kami


 

Perpustakaan BERNAMA wujud seiring dengan penubuhan BERNAMA yang dilancarkan pada 30 Ogos 1967 di bawah Akta Parlimen 1967 dan telah mula beroperasi pada 20 Mei 1968.

 

Bermula 15 Januari 2001, Perpustakaan dikenali sebagai Pusat Maklumat  dan Perpustakaan (InfoLib), bersesuaian dengan fungsinya membekal bukan hanya bahan bacaan tetapi termasuk juga berita BERNAMA serta berita dari surat khabar utama terbitan tempatan berkaitan Malaysia.

 

Mula beroperasi dalam sebuah garaj di banglo lama No. 222, Jalan Pekeliling (sekarang dikenali Jalan Tun Razak) pada tahun 1968; ke Wisma Belia, Jalan Syed Putra  pada tahun 1971; ke Bangunan MCOBA (Malay College Old Boys Association), Jalan Syed Putra pada tahun 1978; dan kemudian pada 2 Mei 1984 telah mula beroperasi di Wisma BERNAMA.

 

Asal penubuhannya, InfoLib hanya dirujuk oleh petugas BERNAMA sahaja. Setelah menyedari nilai koleksinya bagi masyarakat Malaysia, maka perkhidmatannya telah dibuka kepada pelanggan luar berbayar melalui perkhidmatan yang digelar BLIS (Bernama Library & Infolink Service) bermula April 1986.

 

InfoLib hanya dibuka kepada orang ramai yang terdiri dari organisasi kerajaan serta swasta dan pelajar mengikut keperluan dan permintaan yang dikenakan bayaran minimum apabila mereka berkunjung ke Infolib.

 

Projek digital telah bermula pada 1996 dan  sehingga  kini,  lebih 3.5 juta data yang terdapat di dalam BLIS (Bernama Library & Infolink Service).  Anggaran 1.5 juta artikel berita masih lagi terdapat dalam simpanan dan sedang diproses dari masa ke semasa.

 

Infolink memberi laluan kepada pelanggan melalui Internet. Pelanggan lebih meluas dengan adanya BLIS, yang telah mula digunakan pada Mei 2001 dan telah dinaik taraf pada 1 Mac 2008.

 

InfoLib menyumbang kepada sebahagian daripada kandungan BLIS, latihan kepada petugas BERNAMA serta  pelanggan luar.  Bekerjasama membangunkan BLIS dengan Bahagian Pangkalan Data dan Maklumat Korporat yang juga menyumbang sebahagian daripada kandungan, menguruskan latihan kepada pelanggan, menguruskan demonstari serta mengendalikan sepenuhnya urusan langganan BLIS.

 

Portal InfoLib yang merupakan akses kepada koleksi bahan bacaan dan maklumat mengenai BERNAMA,  telah dilancarkan pada   22 April 2008.

 

Berbagai aktiviti galakan membaca (Rujuk ruangan Aktiviti) dan perkhidmatan (Rujuk ruangan Perkhidmatan)  diperkenalkan dan ditambahbaik dari masa ke semasa agar Infolib dapat menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna Infolib dan memberi sumbangan kepada bidang pemberitaan di Malaysia.

 

*Sila rujuk kepada InfoLib Alert keluaran Mei-Ogos 2008, bertajuk "InfoLib seiring BERNAMA 40 tahun" untuk penerangan lebih lanjut mengenai InfoLib)